Hahaha..
Penipuan aku berjaya jugak akhirnya..
Sebab rindu punya pasal dekat si dia..
Aku cowtim dengan member dia, mau kasi dia terkejut.
Plan berjalan lancar jugak la, dengan perancangan awal aku.
Ikhwan member dia n Lisa gf Ikhwan menjayakan rancangan aku.
Mula-mula aku da bagitau yang aku nak datang.
Then dia macam perli aku pulak sebab aku ckp aku nak tiba-tiba muncul.
Tapi aku bagitau pulak yang aku nak datang.
Hahahaha..
Sebab aku tak puas hati, jadi aku buat plan last minute.
Plan dia aku datang Terengganu Khamis malam.
So aku sampai Jumaat pagi.
Aku bagitau BATMAN aku yang aku datang Jumaat malam.
Hahahaha..
Dia boleh percaya malam yang aku bertolak tu aku g KL.
Nak buat macam mana, terpaksa tipu.
Sorry sayang, tipu sunat.
Sampai pagi tu Lisa ambil kat bus station.
Then balik rumah Lisa membuta n gosip-gosip.
Petang seperti yang dirancang, Ikhwan datang ambil kami.
Plan terawal sejam.
Huhuhuhu..
Berdebar gila weyhhh.
Nak jumpa orang tersayang kot.
Dalam keta aku tipu dia aku nak g tengok movie.
Dengan kazen aku la konon.
Ikhwan pun main peranan.
Ada patut dia membuta, sampai kena mintak orang tolong kejutkan.
Dahla lembab gila drive.
Aku terpaksa menyorok kat dalam keta Ikhwan.
Berpeluh jugak la menunggu dia.
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Then dia dah duduk ja.
Aku pun cepat-cepat kuar keta.
Jalan slow-slow.
Then tutup mata dia.
Buat camna, dia boleh agak itu aku.
Sebab bau perfume aku.
Then aku tengok senyuman manis dia.
Sumpah bahagia gila dapat tengok dia senyum macam tu.
Dia tersenyum ja, pastu cubit-cubit aku.
Aku akan buat dia senyum ja selalu.
** Sayang, WAKENABEB!!!!!