Showing posts with label Novel Karya Tauke : Kasih Dan Airmata Cinta. Show all posts
Showing posts with label Novel Karya Tauke : Kasih Dan Airmata Cinta. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

KASIH & AIRMATA CINTA : Episod 2

Matanya mmg sgt indah, mampu membuatkan aku hanyut dibuai keindahannya. "Bisik hati Fara". Setiap hari Fara akan mencari kelibat Adif di sekolah, kadang2 sampai terpusing2 berkali-kali mencari kelibat lelaki yg dicintainya. Kawan-kawan Fara yg tahu ttg hal tersebut hanya mampu tersenyum melihat gelagat rakannya itu. Di sekolah Adif mmg sgt terkenal dgn kenakallannya, siapa tak kenal budak 5 Tekun yang mengambil aliran TK & LK. Setiap petang pula Fara akan bermain dgn adik-adik di depan rumah. Fara masih bersifat keanak-anakkan ketika itu. Kadang kala Adif akan lalu di depan rmh Fara utk ke rmh sahabatnya Kamal yg terletak berhampiran rumah Fara. Selalu jugak Adif ke rumah Kamal sejak dua menjak ni, 'bisik Fara sendirian". Setiap ptg Adif akan melepak bersama rakan-rakannya di hadapan deretan kedai taman tempat tinggal Fara.

Kadang2 ada juga Fara melihat adif di hadapan taman tersebut. Kebetulan pula Fara berkawan dgn Jaja. Mereka tinggal satu taman perumahan. Di sebelah rumah Jaja ialah rumah Abg Arip yg merupakan bekas senior Adif dan hbgn mereka jugak agak rapat. Sesekali Fara berkunjung ke rumah Jaja, Fara akan meminta Abg Arip sampaikan salam pada Adif walaupun dalam nada bergurau, jauh di sudut hatinya penuh dgn harapan. Ada sekali Abg Arip mengatakan yg Adif turut mengirimkan salam buat aku namun Fara tidak percaya. Setelah beberapa bulan menyimpan rasa Fara mula mengundurkan diri setelah mengetahui Adif sudah berpunya.

Pada satu malam, Fara pergi ke kedai utk membeli barang yg dipesan oleh ibunya. Kemudian ditakdirkan tuhan Fara ternampak kelibat Adif yg tiba2 muncul di depan kedai tersebut. Namun Fara hanya mendiamkan diri, dan terus pulang ke rumah. Setibanya di rumah, telefon bimbit Fara berbunyi. Lantas Fara menjawab " Siapa ni?? dengan nada yang agak kasar". Setelah beberapa minit berckp barulah terlintas di hatinya utk bertanya siapa di panggilan. Jawapannya mengejutkan "ini Hadif", sepertinya Fara terus terdiam. Setelah meletakkan telefon perasaan yg muncul ialah menyesal, malu dan rasa sgt bodoh. Kenapalah aku bercakap kasar tadi, andai aku tahu itu adalah dia, "bisik hatinya". Setelah hampir 2 minggu berkawan Hadif melamar Fara utk menjadi teman istimewanya, sungguh Fara tidak menyangka semua itu. Tarikh tersebut merupakan tarikh yang penting buat Fara 04/01/2005 jam 12 tgh malam. Mungkin inilah yang dinamakan cinta. Sememangnya Fara sangat mencintai Adif dan akan terus mencintai dia seumur hidupnya.

Sunday, June 6, 2010

KASIH & AIRMATA CINTA : Episod 1

Episod 1

Hari ni macam biasa, Farahin pergi ke sekolah. Pagi-pagi lagi Farahin dibangunkan oleh ibunya, Puan Fatehah. Farahin lebih mesra dipanggil dgn panggilan Fara oleh semua rakan-rakan.
Pagi itu Puan Fatehah mengejutkan Fara, "Bangun Fara dah lewat ni, nanti mama dah nak pergi kerja". Fara yang masih mengantok terus bangun mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Setelah Fara selesai mandi, dia mengejutkan 3 orang adiknya iaitu Faris, Fatehah , dan Faiz yang masih nyenyak tidur. "Bangun cepat angah, Teha, faiz, nanti lewat nak pergi sekolah" ujar Hani yang mengejutkan adiknya.

Angah belajar di sekolah yang sama dengan Fara, sekolah pulak tak jauh dari rumah. Adik-adik yang lain sekolah rendah lagi. Kebetulan sekolah rendah terletak sebelah taman saja, jadi adik-adik biasanya jalan kaki. Fara dan Angah dihantar oleh Abah iaitu En.Hakim setiap pagi. Fara yang berada di tingkatan 3 akan menduduki PMR tidak lama lagi. Jadi Fara banyak menghabiskan masa di perpustakaan sementara menunggu abah menjemputnya.

Semasa di sekolah Fara ada menyukai seorang lelaki bernama Hadif. Hadif merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah, boleh dikatakan setiap hari Fara ingin melihat wajah Hadif. Kalau tak berjumpa dengan Hadif, tengok motorsikal Hadif pun dah cukup. Biasalah budak baru nak bercinta memang macam tu. Kadang-kadang terdetik di hati Fara mungkinkah Hadif menyukai dirinya yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan Hadif. "Mana Hadif ni, harini aku langsung tak nampak dia, motorsikal ada" bisik hati kecilnya. Aku jatuh cinta padanya pada pandangan pertama lagi, semasa aku di tingkatan dua. Matanya sememangnya menambat hati aku, seperti ada sesuatu yang indah tentangnya.