Friday, October 15, 2010

Masa Lapang / Masa Berpacaran

Hari isnin before sent him to Jalan Duta.
Sempat berdating dengan Him.
Lokasi = Tasik Titiwangsa.
Perasaan = Sangat bahagia.
Tapi lepas hantar perasaan = Sedih.
tugas aku sebagai driver setelah dia injured.
Tulah, beli lagi kereta manual, seksa betul drive kat KL.


Tengah tunggu orang sakit kaki jalan, lambat betul.
Cian dia.
Hahahahahaha.

Biasalah, perangai aku mmg pelik sikit.

Suka betul bila buat muka macam nie.


Waaaa..
Pasni dah balik Terengganu.
Mesti rindu sama dia nie.

Wednesday, October 6, 2010

Army Vs Air Force : Part 1

Bolasepak akan jadi sebahagian dari hidup aku.
Huhu.
Melihat si dia sangat minat dalam bidang ni pulak.
So, this time dia main bola untuk army.
Macam mana boleh terpilih main bola untuk army ni.
Lokasi pertandingan Kem Sungai Besi.

Jersi number 10.

Aktiviti panaskan badan.
Puteri yang sangat comel dan talkertive.

Pemain simpanan.
Ramainya askar kat sini.

Serabut dalam khemah
Macam mana boleh snap pic ni ntah.

Apasal senget pulak nie.
Anak dengan mak yang sama.
Huhu

Bapak mertua sedang layan perasaan.

Dah setel perlawanan.

Adik ipar tengah mengayat mak mertua.

Kemenangan berpihak pada Army.
3-1.

Sunday, October 3, 2010

Suprise,,,, huhu...


Bufday boy..
24/09/2010

Huhu.. Kotor habis semua..

At Mcd..

Hope that we will be together 4ever.
And u will happy always.
Love u..

Saturday, October 2, 2010

Kenangan Bersama Family Angkat di Kelantan

Rindu sangat time kat Kelantan..
Expecially Aucle Sing Ahh Lee.
And family angkat aku.
Diorang yang ambil pic nie and bawak aku jalan2..
Miss them a lot.
















Complicated

Hidup memang complicated.
Macam2 benda nak kena fikir.
Itulah, inilah.
Susahkan bila fikir semua benda dalam satu masa.
Tambah2 time jadi student.
Mana masalah study, kawan2, cinta.
So today sha nak share citer sal cinta.
So, time study memang sangat mencabar. Mana nak study.
Becinta lagi, serious memang sangat bahagia bila ada bf.
Tapi kalau bf tu memahami.
Balik2 dapat yang tak memahami dan mengongkong.
Memang habislah, mana nak belajar nak practikal.
Memang sangat tension.
Pastu dapat pulak kawan2 yang macam harems.
Merosakkan hubungan korang dengan bf korang.
Sangat bagus mendapat kawan baik yang sangat mengambil berat pasal korang.
Sekali pulak, bf korang tu sangatlah kurang pandai.
Dia pon percaya semua benda yang kawan korang cerita.
Dia pun dengan bangganya meninggalkan korang.
Disamping ditinggalkan orang yang tersayang,
kawan korang tu plak asyik cari pasal dengan korang.
Bergaduh dan sangat suka mencari pasal.
Tersenyum bangga sebab dah berjaya putuskan hubungan korang.
Ni spesies manusia yang tak boleh tengok orang lebih.
Mula2 memang korang sangat sedih, menangis jugak.
Depan diorang terpaksalah buat kuat.
Senyum, ketawa konon bahagia.
Time ni korang memang frust menonggenglah.
Korang still menageh simpati kekasih korang.
Sebabnya mungkin korang dah lama dengan dia.
So cinta dan sayang korang hanya tuk dia.
Dia plak time tu jual mahal gila.
Siap sakitkan hati korang, ada pompuan lain.
Keluar dengan pompuan lain, siap bangga lagi.
Update dalam blog, facebook.
Konon2 bahagia sangatlah.
Korang pon bodoh, still nak dia.
Korang tetap tunggu dia walaupun dia tak nak korang.
Bebulan menanggis tanpa dihargai.
Then satu peristiwa yang dia tak pernah duga terjadi.
Saat tu dia kembali kepada korang.
Korang memang sayangkan dia.
Tapi apa yang mampu korang lakukan?
Berserah pada ketentuan tuhan.
Cinta dan sayang perlulah dihargai.
Janganlah mencari apabila sudah kehilangan.
Memang masih ada waktu, namun adakah dia mampu?

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Tema raya tahun nie, bebas suka hatilah. Tapi tetap maintain, ramai pulak pakai sama kaler. Macam berjanji pon ada. Tahun nie raya pertama kurang meriah. Tapi soo far tetap enjoy. Bersama 3 ultraman kesayangan aku, Ryan, Mika, Ariel yang nakal2. At least bila ada budak2 auntie nie adalah kerja sket menjaga korang yerr.

Teringat raya 2 tahun lepas time tok ayah still dengan kami. Meriah sangat, dengan semua family balik, bergambar sama2. Ketiadaan tok ayah memang terasa di hari lebaran nie. Baru perasan sekarang dah pangkat auntie, ramai sungguh anak2 sepupu aku. Nanti dah kerja siaplah duit raya.

Tahun nie beraya dengan family, tahun depan mungkin dengan mertua pulak. Huhu. Semoga semua diberkati Allah S.W.T. Tahun depan mungkin abang akan beraya bertiga pulak, tak sabarnya aku menanti anak abang nie. Bila aku cakap sal dia, dia suh aku yang kawen. Aparah. Tua2 pon still dapat duit raya. Bestnya.

So selamat beraya selama sebulan ok. kewajipan aku ke rumah nenek aku still tak terlaksana. Rasa sedih jugak, tapi abah sakit soo terpaksalah jaga abah. Takkan kejam sangat nak tinggal abah sorang2. Kesian jugak kat tok, sebab kami 4 orang saja cucu dia. Mungkin tahun depan akan lebih bermakna.

Wednesday, September 8, 2010

Kemeriahan..

Wah2, stalkers smua.
Dah tak lama lagi nak beraya.
Aku pon dah lama tak update.
Maklumlah busy dengan kerja kat hospital.
Ditambah pula dengan persiapan raya.
Persiapan majlis aku.
Masa berlalu terlalu pantas.
So persiapan raya korang macam mana?
For aku raya nie biasa2 ja.
Alakadar ja, kueh pun ada yang buat.
Ada jugak yang tunjuk.
Tak sempat nak buat.
Biasalah, this time cuti 6 hari ja.
Then dah kena balik kerja.
So dengan kesempatan nie.
Nak ucapkan.
SELAMAT HARI RAYA.
Maaf Zahir Batin.

Friday, August 27, 2010

Balik Rumah...

After seminggu aku kat Aloq Setar.
Aku balik rumah sebab dapat day off.
Masuk ja keja pagi aku da mula ngantok.
Time ambek report siap terlelap lagi.
Pas setel pas report, apa lagi.
Mulakan aktiviti setiap kali keja pagi iaitu :
1) Tukar cadar
2) Kejutkan patient
3) Buat observation
4) Buat2 busy
Ditambah pulak dengan staff tak cukup harini.
Memang ward busy dengan patient yang dah dibebaskan.
Tunggu bil xsiap.

Mengenang pagi tadi, lawak jugak.
Memandangkan aku keja wad kanak2,
berhadapan dgn budak2 menguji kesabaran aku.
Ada budak pompuan sorg ni, aku xsempat pegang lagi dah meraung.
Nasiblah aku tahan sabar,
kalau aku nak cucuk nanges xpa jugak, ni sal lain.
Adoi.
So kepada hospital yang aku nak keja nanti.
Ward peads not for me plzzz!!!

Menunggu jam pukul 2.15pm,
lama gila rasanya.
Cukup masa aku n Mira terus chowww.
Balik lepak2 jup.
Gayut dengan En. Gemok pastu aku tertido.
Menunggu mama yang lambat sikit.
Mama sampai ja aku terus bawak baju2 nak basuh semua balik.
Hahaha.
Malas nak basuh dengan tangan.
So sekarang cuti jup.
rileks otak.

Dah tak lama aku akan menamatkan zaman bujang.