Thursday, December 16, 2010

Cerita Aku Part 1

Episod 1


Atas kesilapan teknikal semalam, harini aku baru start balik penerbitan cerita aku. So, dari mana nak mula nie haaa. Maklumlah dah lama aku nie tak update blog, sebab busy and malas. Hehehe. Tetiba datang mood nak update pulak sekarang nie. Maybe sebab ada banyak kelapangan sepanjang cuti nie.


Semua dah berubah sekarang, aku pun dah tak macam dulu lagi. Dah bertambah better mental aku, hasil rawatan ubat-ubat kampung. Misai kucing, kopi kucing gatai. Semua aku bedal. Hahaha. Sekarang terhasillah Shamin yang lebih berjiwa patriotik. Sembang punya sembang, lupa pulak nak cerita sal Cerita Aku. Nak mula dah nie.


Setelah lama aku kesunyian, tak ada boypren. Tak bercinta dengan sapa-sapa. Melayan perasaan aku yang tak berapa betul, aku temui sinar baru dalam hidup aku. Bermula dengan minat mendengar lagu kat Sinar Fm, aku temui sinar lampu minyak tanah yang terus membakar aku. Siapakah gerangan orangnya? Entahlah, mana jumpa pun tak tau nak bagitau. Kenal tepi-tepi jalan tak jugak. Dia mengorat aku? Memang langsung tak ada.


Nasiblah abang aku kawin, sebab aku jadi pengapit abang aku. Aku pulak yang jumpa jodoh. Haisshh, kalau tak jadi pengapit tak jumpalah? Hahaha. Nak kata jumpa kat kenduri, memang bukanlah. Macam mana nak mula cerita nie? Susahlah, kalau orang tanya pun panjang cerita aku nak kena cerita. Jadi aku ambek keputusan nak publish Cerita Aku kat blog aku. Cam gila glam tak?  Apa aku kesah, blog akukan? Suka hati akulah.


Orang yang aku maksudkan adalah Kapten Azmeer Rezza bin Azali. Dia datang dalam hidup aku, tanpa aku duga. Membawa kebahagiaan yang tak pernah aku bayangkan selama ini. Dia seorang yang penyayang, dan jujur. Walaupun aku nie tak berapa nak betul, dia still terima aku. Usia perkenalan yang sangat singkat iaitu 2bulan membawa kami ke majlis pertunangan. Terjalinlah ikatan antara kami disertai dengan perasaan sayang antara satu sama lain.


Bermula hanya dengan menjadi pengapit, kemudian dicarikan jodoh oleh seorang mak cik. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh. Semasa aku dapat tau aku nak dikenalkan dengan dia, memang aku sangat-sangat menolak. Haiisshh, ingat zaman dulu-dulu ka orang tua tolong cari jodoh. Then aku still dengan keputusan aku. Kemudian aku mendapat Facebook dia. Jadi melalui facebooklah kami start contact. Dia tiba-tiba add aku. Dalam hati, apsal mamat nie add aku pulak.  Then............. BERSAMBUNG..

No comments: