Showing posts with label I Love This. Show all posts
Showing posts with label I Love This. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Koleksi Pelamin Yang Mana Satu??

Susah jugak nak kawin ni.
Banyak nak kna prepare.
Paling tak suka nak kena pilih nie.
Semua cantik.
Habis tu takkan nak buat sampai 5 pelamin.
Muahaha.
So korang rasa mana better?





Monday, October 25, 2010

Ciri-ciri Pasangan Hidup Yang Dicari..

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wednesday, October 20, 2010

Budak Hilang Dijumpai..

Semalam aku g KL..
Aku pon dengan kepenatan baru pulang menghantar orang tersayang balik.
Aku cekalkan semangat g KL ambil barang.
Aku sampai KL pukul 6 pagi.
Then aku g kolej pukul 8.30-4.00 petang.
Habis je kelas aku naik bas ALONG dengan Ila.
Mula2 ingat xnak pergi sal penat.
Dalam bus aku ubah fikiran, aku g bgtau along aku nak turun kat tren Batang Benar.
Along boleh buat lupa terlajak.
Jauh jugak berjalan.
Dalam tren aku membuta ja, penat gila kot.
Sampai KL sentral aku beli kek Secret Recipe.
Teringin nak makan kek.
Pastu aku teruskan perjalanan.
Aku nak tren Putra.
Time tunggu tren aku nampak satu pompuan ni.
Rambut dia cantik, tapi xnampak muka.
Masuk ja dalam tren aku nampak muka.

Cetttttt...

Zoie rupanya.
Boleh pulak buat berjumpa dalam tren.
Dah lama gila tak jumpa.
Makin selim dia sekarang.
Masing2 terkejut.
Hahahahahahahahahahaha.
Payah nak jumpa membe2 kat KL.
Nanti kita calling2 lepak lerr..

Sempat snap pic kami..

Wednesday, July 21, 2010

Nilai Sekarang..

Oklah.
Sekarang aku ada kat Nilai.
Macam xpercaya ja aku dah SEM 5.
Da nak habis study rupanya.
Kali ni aku nak buat yg terbaik.
Minggu first ja belajar pasal mata.
Minggu kedua dah nak exam Eye.
So kena usaha lebih la.
Sekarang hati ada sedikit riang jugak.
Masalah dah banyak berkurang.
Alhamdulillah.
Lepas semua yang terjadi sekarang aku rasa better.
Minggu ketiga maybe akan ke Pulau Duyong.
TERENGGANU.
So, tak banyak masa nak enjoy.
Lagipon da habis masa aku nak enjoy2 semua tu.
Aku sekarang nak serius dengan hidup aku.
Benda2 yg lama jadikan memori ja.
Jatuh cinta?
Maybe jugak.
Ntahlah, macam2 dah jadi.
Harap lepas ni dah berakhir la.
AMIN

Sunday, July 11, 2010

Kerohanian & Kecemerlangan

Amalan harian yang diberi perhatian ialah :
1. Mendirikan solat 5 waktu di awal waktu.
2. Membersihkan hati daripada sifaz mazmumah.
3. Qiyamullail (solat tahajud, hajat, taubat dan istikharah).
4. Berpuasa sunat isnin dan khamis.
5. Mengerjakan solat dhuha setiap pagi.
6. Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W sebanyak 1000 kali setiap hari.
7. Makan makanan halal yang jauh daripada syubhah.


Hubungan sesama manusia :
1. Mentaati ibu bapa dan sentiasa mengelak daripada menyakiti hati mereka.
2. Selalu memohon kemaafan dan mendoakan kesejahteraan ibu bapa.
3. Menghormati dan sentiasa mendoakan guru.
4. Ikhlas dalam persahabatan.
5. Selalu tersenyum kepada sesama manusia.
6. Menjaga tutur kata, bercakap dengan lemah lembut dan berhikmah.
7. Mengelakkan diri daripada menyusahkan orang lain selagi mampu berdikari.
8. Menanam rasa cinta kepada sesama muslim.
9. Memohon maaf jika melakukan kesalahan.

Thursday, June 10, 2010

I miss ......


Miss my Mio soo much..
Our time together..
Sayang dia..
HOHOHOHOHOHO

When we go to playground..



MISS U MIO

Mio always be MY LOVE..

SHAMYN SHUHAIMI ISMAIL
Istilllovemyself



Wednesday, June 9, 2010

Kekasih Hatiku Kini


Nilah Kekasih hati aku yang baru..
Aku namakan MIO..
Sangat nakal dan pemalu..




Handsome kan dia..
Comel pulak tu..
I LOVE U MIO..


Ni pic aku ambek time main2 dgn dia..
Musti aku rindu dia..

**mak aku da pandai baca blog aku.. Adoiiii..
Mama, suh adik2 jaga MIO elok2..

Thursday, June 3, 2010

Hadiah Dari Kawan



Oklah..
Aku nak cita skit sal benatang dalam gmbr tu..Baru2 ni membe aku bagi hadiah kt aku.
Benatang kat atas tulah..
Comel kan???
Keja dua ekor ni mmg membuta ja, siang dia membuta malam sibuk nak excercise..
Kadang2 marah jugak, aku nak tido dpa kalut memekak dahla aku keja pagi..
Aku namakan benatang ni :

MIKO
MIKA

So sekarang mereka selamat dgn aku n still hidup..
**Kalau mati xkn nk bagitau kot!!!
HAHAHAHAHAHAHA

**So skrg dua ekor nilah teman aku merangkap pelawak yg ska buat aksi lucu..

Friday, April 23, 2010

Mohamad Adam Ryan

comel tak? ni kucing ala2 garfield. pemalas gila,bebulu jugak aku kadang2. cam nak bunuh ja, haha.. apapun aku sayang dia..



pernah lepas aku balik dari langkawi dia hilang, kak sheryn macam org gila ja cari dalam hujan. naseb baik next day jumpa jugak.. kalau tak menangeh ja keja dia sebulan dua.