Tuesday, June 8, 2010

Benci OR Sayang


Adoi2, aku nak cita sket.
Semalam aku terjumpa dgn Xbf aku.
Tapi aku langsung tak pandang dia.
Macam manalah rupa dia skrg ni.
Tapi aku rasa dia bahagia la.
Kalau tak sebab nak beli rojak tu musti tak tersempak.
Aku kdg2 rindu gak kat dia, tapi dia mungkin tak.


Gambar lama time dkt last2 aku jmpa dia.
Gambar terpaksa aku blurkan sedikit atas sbb privacy.

BENCI.. BENCI.. BENCI..

Weyh, asal plak aku nak kna fikir sal benda2 lepas ni.
Adoiyaiii..
Shamyn2..
Yang patah tumbuh yang hilang berganti.
Mama..
Huhuhuhuhuhu

Rileks sudah..

**kepada yg berkenaan : semoga bahagia..

Monday, June 7, 2010

Berita Sedih


Waaa.. Sob2..
Setelah 4 hari aku balik Perlis..
Aku kena balik Kelantan balik..
Jujur aku xska Kelantan, xbest..
Xpa2, rileks la Shamyn tinggal sebulan ja lagi..
Buat yg terbaik untuk Case Study nanti.

Nangeh camni :



Siyes aku sangat sedih ni..
Aku xmau balik Kelantan..
PLZZZZZ...
HELP ME..

**Pasni xnak g Kelantan lagi!!!

Sunday, June 6, 2010

Kehijauan Sawah Padi


Aku kan balik Perlis Indera Kayangan @ Darul Sunnah, so aku kompom la g jalan2 dekat area2 sini. Yang paling aku suka kat Perlis & Kedah sudah semestinya sawah padi yang menghijau meluas. Kat tempat lain xdpt nk tgk pemandangan macam ni. Macam time aku kt N9 aku keja tgk pokok kelapa sawit, sampai sempit otak aku.
HAHAHAHA

Pic 1

Pic 2

Pic 3 : With my beloved grandfather @ Ayah

Pic 4 : At Air Hitam, Kedah

KASIH & AIRMATA CINTA : Episod 1

Episod 1

Hari ni macam biasa, Farahin pergi ke sekolah. Pagi-pagi lagi Farahin dibangunkan oleh ibunya, Puan Fatehah. Farahin lebih mesra dipanggil dgn panggilan Fara oleh semua rakan-rakan.
Pagi itu Puan Fatehah mengejutkan Fara, "Bangun Fara dah lewat ni, nanti mama dah nak pergi kerja". Fara yang masih mengantok terus bangun mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Setelah Fara selesai mandi, dia mengejutkan 3 orang adiknya iaitu Faris, Fatehah , dan Faiz yang masih nyenyak tidur. "Bangun cepat angah, Teha, faiz, nanti lewat nak pergi sekolah" ujar Hani yang mengejutkan adiknya.

Angah belajar di sekolah yang sama dengan Fara, sekolah pulak tak jauh dari rumah. Adik-adik yang lain sekolah rendah lagi. Kebetulan sekolah rendah terletak sebelah taman saja, jadi adik-adik biasanya jalan kaki. Fara dan Angah dihantar oleh Abah iaitu En.Hakim setiap pagi. Fara yang berada di tingkatan 3 akan menduduki PMR tidak lama lagi. Jadi Fara banyak menghabiskan masa di perpustakaan sementara menunggu abah menjemputnya.

Semasa di sekolah Fara ada menyukai seorang lelaki bernama Hadif. Hadif merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah, boleh dikatakan setiap hari Fara ingin melihat wajah Hadif. Kalau tak berjumpa dengan Hadif, tengok motorsikal Hadif pun dah cukup. Biasalah budak baru nak bercinta memang macam tu. Kadang-kadang terdetik di hati Fara mungkinkah Hadif menyukai dirinya yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan Hadif. "Mana Hadif ni, harini aku langsung tak nampak dia, motorsikal ada" bisik hati kecilnya. Aku jatuh cinta padanya pada pandangan pertama lagi, semasa aku di tingkatan dua. Matanya sememangnya menambat hati aku, seperti ada sesuatu yang indah tentangnya.

SERAMBI CINTA


Jika dia merenung,
Ke luar jendela,
Lebuh raya berliku cinta,

Jendela hidupnya,
Diduga rasa,
Bahawa cinta membawa,
Bahagia,

Tatkala dia melangkah,
Ke halaman pasrah,
Kakinya tersadung batu,
Keliru,

Saat itu dia belajar,
Mengutip kaca-kaca kecewa,
Di jalanan iktibar,

Dari jalanan hidup,
Tak terteroka,
Hutan serakah kehidupan,

Sumur hati dan diri,
Di taman remaja,
Memberi erti tentang,
KETELITIAN.


Thursday, June 3, 2010

Balik Perlis TONITE!!!!


Wah2, harini aku sangat hepi sbb aku nak balik Perlis jumpa mama.. I miss her a lot here..
So now aku ada kt stesen bas Langgar kat Kelantan.
Sambil menunggu bus aku update la blog aku yg xsehot manapon ni.
Hahaha ;P
Hatiku gumbira : )
Aku balik ni aku xbgtau sapa2 pon.
Sebab aku nak buat suprise kat mama..
HEHEHE
(^_^)
Perbuatan jahat aku dibantu oleh sepupu aku merangkap rakan subahat dalam kes ni.
Lan @ mesra aku panggil Lan Cabau.

Dijangka aku tiba di Alor Setar pada esok pagi jam 6 lebih. (aku agak2 la)
Demi nak jumpa mama, tiket g Perlis habis saggup turun Alor Setar. (ayat poyo)
Ketibaan aku dinantikan oleh membe2 aku.
Musti ada yg terkejut, punya bercerita balik bulan7.
HAhahaha..
**Sorilah geng, gua rindu mak gua!!!**

Mama i miss you soo damn much
Can't wait to see you
Soory coz i keep it as secret.

Oklah, bas pon tak lama lg nak sampai.
Aku nak g ready2 jup..

K lolipop ni aku bg korg sbb aku sangat epy.
Nah2.
Ikhlas.
(^-^)
Jangan berebut.

Aku & Baju Kurung








** G Beli Barang Kat Kota Bharu Mall **

Hadiah Dari Kawan



Oklah..
Aku nak cita skit sal benatang dalam gmbr tu..Baru2 ni membe aku bagi hadiah kt aku.
Benatang kat atas tulah..
Comel kan???
Keja dua ekor ni mmg membuta ja, siang dia membuta malam sibuk nak excercise..
Kadang2 marah jugak, aku nak tido dpa kalut memekak dahla aku keja pagi..
Aku namakan benatang ni :

MIKO
MIKA

So sekarang mereka selamat dgn aku n still hidup..
**Kalau mati xkn nk bagitau kot!!!
HAHAHAHAHAHAHA

**So skrg dua ekor nilah teman aku merangkap pelawak yg ska buat aksi lucu..