Sebut pasal cinta, apa yang korang faham?? Haishhh, semenjak 'single' selama 2 bulan lebih ni aku jadi makin jiwang pulak. Ayat-ayat pun semakin hari semakin puitis. Maklumlah tengah derita merindu si dia yang tersayang. Cinta, boleh ka cinta bagi makan anak dara orang kalau setakat cakap ja tapi tak ada usaha?
Bila nak bercinta banyak benda yang kena kita fikirkan. Jangan sampai bercinta semua hal dilupakan. Family pun diabaikan. Demi cintalah katakan. Tak semua cinta akan menemui perkahwinan. Ada jugak cinta monyet. Kenapa cinta monyet, bukan cinta kucing ke, arnab ke?? Malaslah nak fikirkan..
Bila bercinta, kepercayaan tu penting. Saling mempercayai. Ada jugak sesetengah lelaki ni yang di mulut sayang. Belakang berfoya-foya dengan pompuan lain. Yang jenis ni, memang tak guna. So, better before bercinta sampai nak mati cinta tu. Pilihlah pasangan yang sesuai. Kenal hati budi.. ; ).
No comments:
Post a Comment