Sunday, June 6, 2010

KASIH & AIRMATA CINTA : Episod 1

Episod 1

Hari ni macam biasa, Farahin pergi ke sekolah. Pagi-pagi lagi Farahin dibangunkan oleh ibunya, Puan Fatehah. Farahin lebih mesra dipanggil dgn panggilan Fara oleh semua rakan-rakan.
Pagi itu Puan Fatehah mengejutkan Fara, "Bangun Fara dah lewat ni, nanti mama dah nak pergi kerja". Fara yang masih mengantok terus bangun mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Setelah Fara selesai mandi, dia mengejutkan 3 orang adiknya iaitu Faris, Fatehah , dan Faiz yang masih nyenyak tidur. "Bangun cepat angah, Teha, faiz, nanti lewat nak pergi sekolah" ujar Hani yang mengejutkan adiknya.

Angah belajar di sekolah yang sama dengan Fara, sekolah pulak tak jauh dari rumah. Adik-adik yang lain sekolah rendah lagi. Kebetulan sekolah rendah terletak sebelah taman saja, jadi adik-adik biasanya jalan kaki. Fara dan Angah dihantar oleh Abah iaitu En.Hakim setiap pagi. Fara yang berada di tingkatan 3 akan menduduki PMR tidak lama lagi. Jadi Fara banyak menghabiskan masa di perpustakaan sementara menunggu abah menjemputnya.

Semasa di sekolah Fara ada menyukai seorang lelaki bernama Hadif. Hadif merupakan pelajar tingkatan 5 di sekolah, boleh dikatakan setiap hari Fara ingin melihat wajah Hadif. Kalau tak berjumpa dengan Hadif, tengok motorsikal Hadif pun dah cukup. Biasalah budak baru nak bercinta memang macam tu. Kadang-kadang terdetik di hati Fara mungkinkah Hadif menyukai dirinya yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan Hadif. "Mana Hadif ni, harini aku langsung tak nampak dia, motorsikal ada" bisik hati kecilnya. Aku jatuh cinta padanya pada pandangan pertama lagi, semasa aku di tingkatan dua. Matanya sememangnya menambat hati aku, seperti ada sesuatu yang indah tentangnya.

2 comments:

Afique Zainuddin Ahmad said...

errr..apa ni..cerita la bagi habis!

Shamyn Shuhaimi said...

sabar la. cita panjang lagi. banyak episode kot...