Sunday, April 18, 2010

Percutian Extreme Di Langkawi




Bulan lepas aku terlepas sampai ke Langkawi tanpa sebarang perancangan awal, tiba-tiba ja aku dah sampai Langkawi. Semua ni aku buat dengan 3 orang lagi iaitu Kak Sheryn, Azalia & Andy.
Malam tu diorang ambil aku dekat tren Kajang then g AU2 jup dekat Azalia. Abang Wan pon ada situ, agak semak jugak la. So kami makan la dekat situ jap sebelum teruskan perjalanan.


Perjalanan jauh tu kami naik keta Azalia, keta Sheryn tinggal kat umah Azalia. Then kami g Shah Alam lak cause sheryn nak jumpa Abang Jas, sementara menanti kami memilih melepak kat kedai mapelei (mamak) situ. Lama jugak tunggu dan disebabkan bosan kami main poker. Haha. Lantak la orang tengok pun, janji tak pakai duit, saja main ja. Aku pon join sekaki sebab macam best ja.



Lepas ja jumpa Abang Jas kami macam 50-50 nak balik Perlis or tak. Tapi entah macam mana tanpa keputusan n berbincang kami dah dekat highway. Memang gilalah, beserta penat aku yg kelas sampai ke petang. Sepanjang perjalanan sunyi ja, aku dengan Azalia ja yang bersembang.
Mula aku ingat Azalia tu dah 20 lebih, rupanya baru 18 tahun, sama dengan adik aku baru habis spm.



Kami sampai Perlis pukul 9.30pagi, then Sheryn ajak g Langkawi. Aku hanya berbekalkan RM50 dan selebihnya pau dia. Haha. Feri pukul 10.30pagi. Kami stay dekat Langkasuka. Sampai ja sana aku lak jadi driver, kami cari kedai makan dulu sebab perut da mula nyanyi lagu rock. Perut dah kenyang, hati pon senang kami jalan-jalan dekat Chenang jap. Hotel sangat bodoh sebab time kamisampai bilik tak siap lagi. Sabar jelah. Masuk ja bilik kami tido jap. Petang kami buat aktiviti. Tapi aku dengan Azalia jalah yang banyak enjoy.

No comments: